UTAMA | SEJARAH | PERISTIWA BERGAMBAR | KELUARGA KITANI | AGAMA | KOMEN BISKITA | ARKIB |  NOSTALGIA | HUBUNGI |
Selamat Datang ke Laman Blog kitani.

Jauh Dari Sudut Hati....


DILEMA KONTRAKTOR KITANI

Dalam suasana semua orang terdedah dalam pelbagai sumber maklumat masa kini, memang sukar untuk menahan maupun menyekat idea dan lontaran pendapat dikalangan mesyarakat. Kalau dulu kedai kopi, majlis-majlis atau setidak-tidaknya di pentaran rumah sebagai mesyarakat berhubung dan mendapatkan maklumat. Tapi sekarang semua itu hanya sebahagian kecil daripadanya sahaja. Lalu usaha untuk mendapat dan menyebar sebarang maklumat memang sukar untuk ditutup dan dihalangi lagi. Walaupun tidak semua orang boleh ditegur, dikritik dan dinasihati, tetapi kena harus bersedia bertanggungjawab atas sebarang tingkah laku dan perbuatan yang tidak kena dalam apa jua norma kehidupan kita. Dalam apa jua situasi, sekiranya mempunyai asas yang kukuh tidak salah untuk kita sering tegur-mengur dan mensihati, apatahlagi jika berkaitan dengan kepentingan mesyarakat umum, keselamatan, maupun agama. Justru mesti ada yang berani tampil mengurnya!
Ironinya di tempat kitani terlalu banyak yang boleh ditegur dan diperbaiki. Untuk kali ini saya akan membicarakan Dilema Kontraktor Kitani.
Sebenarnya kita perlu bersyukur banyak-banyak kerana dianugerahkan pimpinan yang berjaya membawa Lawas keseluruhannya membangun secara fizikal tanpa menyampingkan aspek kebajikan masyarakat. YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah Bin Ali Hasan telah berjaya membawa limpahan rahmat dan rezeki kepada seluruh rakyat. Rakyat tidak rugi meletakkan amanah ini ke bahu beliau. Biar pun teramat berat bagi beliau, namun beliau tetap cemerlang mengalas amanah itu. Sayangnya rezeki yang melimpah ruah ini seperti kurang maknanya kepada mesyarakat keseluruhanya apabila hanya sekerat dua kerat sahaja mendapat nikmat sedang yang lain mendapat ”sapahnya” saja.
Memang sukar untuk memuaskan nafsu-nafsi semua orang. Tapi jika kita sudah buat sehabis baik mengapa harus takut dengan bayang-bayang sendiri. Lihatlah saja dari Trusan hingga ke Merapok. Banyak pembangunan yang telah dibuat. Jumlahnya bukan sedikit dari ratusan hingga berbillion ringgit. Dari yang sebesar-besarnya hingga sekecil-kecilnya. Namun apa yang amat menyedihkan ada sebahagianya ( bukan semua ) dibuat hanya seperti melepas batuk ditangga. Jangan tah diukur dari segi kualitinya, liat dari segi fizikalnya pun sudah manyakitkan hati. Kita sering mendengar di kalangan mesyarakat menyuarakan pelbagai masalah seperti bangunan yang baru diperbaiki bocor, penggunaan bahan yang buruk, papan dari kayu inda baik, rumah roboh ditiup angin, jalan baru berturap inda rata, rumah PPRT inda siap seperti masa yang dijanjikan, keraja inda ikut spisifikasi dan bermacam-macam lagi. Inilah yang dekat dihati mesyarakat dan sering menjadi topik hangat dan berimosi dikalangan mereka. Sahingga ada yang memberi contoh macamana rupanya tampat berjalan kaki yang baru dibina di Pekan Trusan, pengantian atap Masjid Trusan, kualiti pembinaan Surau Kg. Balai, pembaikan tebingan sungai Kg. Balai, rumah-rumah PPRT di Trusan, Sundar, Jalan Punang, Banting Lawas dan Merapok, dan pembaikan dan pengubasuaian bangunan masjid dan surau di seluruh Lawas. Dan yang amat sangat menyedihkan, hampir semuanya adalah hasil sentuhan KONTRAKTOR KITANI.
Timbul persoalan di minda saya apakah masalahnya dengan kotraktor kitani ani. Apakah mereka ini tidak ada kemahiran, tidak cukup modal atau terlampau mengejar keuntungan berlebihan?
Bahananya bukan kepada mereka saja. Pengguna atau orang ramai yang akan menerima impaknya. Ambilah pengajaran apa yang berlaku di tempat lain seperti bangunan runtuh, jambatan putus dan banyak lagi bukan saja merugikan dari segi ekonomi tetapi juga kehilangan nyawa. Mereka bila sudah siap sesebuah projek mulalah menghitung keuntungan, duduk di kedai kopi mengintai dari DO apalagi projek seterusnya. Kalau inda dapat projek jadi masalah, marah, dan sakit hati. Yang heranya mereka inda malukah meliat hasil kerja mereka ini. Inda meliatkah bagai mana hasil kerja kontraktor bangsa lain?. Kalaulah semua ini dibuat di rumah mereka atau di laman rumah mereka adakah mereka akan tersenyum riang menerimanya?.
Tapi apa yang saya amat bimbangi ialah makin terhakisnya keyakinan rakyat pada pemerintah khususnya kepada pimpinan kitani. Sedangkan mereka telah melaksanakan amanah itu dangan baik sekali. Apa saja permasalah rakyat dapat diselesaikan biarpun inda semua. Kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa dihati mereka. Saya sering mendengar ada keluhan dikalangan rakyat yang selalu menyatakan ketidak puasan ini seperti ”Apalah kerajaan ani, macam mau main-mainkan rakyat saja. Bagi gula-gula pun gula-gula luput tarikh....” apa maksudnya, kalau bukan seperti mereka menganggap kerajaan (pimpinan) yang berselah dalam soal ani. Sebenarnya dikalangan rakyat sudah ada yang berfikiran bukan saja boleh menerima tetapi juga berfikiran kritis. Jangan difikir apa saja ketani bagi mereka boleh terima. Biarpun kerajaan telah berbelanja bebillion ringgit, jika perlaksanaanya tidak seperti apa yang diharapkan rakyat akan tetap mengkritik. Ingat itu!
Justru itu satu ajakkan paradigma perlu ada dikalangan kontraktor kitani. Buatlah kerja yang diamanahkan dengan sehabis baik. Jangan waktu pilihan raya saja menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan seperti ada udang sebalik batu dengan harapan minta habuan. Bila dah dapat, diratah banar-banar macam orang kebuluran, sisanya saja kan dibari dangan. Ikhlaskan diri dalam membantu kepimpinan meneruskan hasrat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan jadikan keuntungan itu sebagai pekara kedua iaitu ”hibah” daripada perkonsian menjana kehidupan yang lebih baik dikalangan mesyarakat.. Insya Allah bukan saja keuntungan diperolehi tetapi pahala berlipat ganda dari Allah subahanawata’ala.. Jadikan kerja itu sebahagian daripada ibadah.
Setiap masalah ada penyelesaiannya. Justru itu satu penyelesaian kongkrit perlu dibuat dan diambil perhatian. Antaranya cadangan saya;

1. Masalah Modal – Perlu diujudkan satu perkonsian pintar dikalangan kotraktor bumiputra di Lawas ini. Ianya ala-ala koperasilah. Dimana kontraktor besar boleh membantu kotraktor-kontraktor kecil dalam menyediakan kepakaran, peralatan, tenaga kerja maupun modal serta berkongsi keuntungan. Ini dapat mengurangkan kebergantungan dikatakan lebih 20 kontraktor Alibaba di Lawas ini kepada sebuah syarikat tertentu. Kepimpinan di Lawas bolehlah memperhalusi lagi cadangan ini.
2. Kursus Kesedaran Islamiah – Semua kontraktor bumiputera Islam wajib mengikuti kursus ini yang dijalankan sama ada oleh JAIS, JAKIM atau mana-mana badan agama yang berwibawa. Dengan harapan modul dan latihan yang disediakan akan mendedahkan kepada kontraktor akan peripentingnya peranan mereka dalam menjana dan membangun ummah serta mencari keberkatan dalam mencari rezeki untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Kesimpulanya, kontraktor perlu sedar mereka bukan saja perlu menjana kehidupan mereka sendiri tetapi secara langsung melibatkan kehidupan orang lain juga. Jangan terlalu mementingkan keuntungan semata-mata, sementara dalam masa yang sama kejar jugalah keberuntungan di alam baka nanti. Jadilah pendokong pimpinan secara tulin dalam melaksanakan harapan dan hasrat murni memajukan ummah. ’ bagaikan Anai-anai biarpun inda merbahaya, tetapi kalau udah terlalu banyak boleh merobohkan bangunan yang biarpun kukuh.... Fikirkanlah!
..penyokong tulin kitani



KAMI MAUKAN HOSPITAL BAH!!!
"Lama udah kami menunggu ni, balum jua kana lagau!" marah Pak Aji ni kepada pendaftar di kuanter Poliklinik Lawas. "Mulihkan duitku, inda kutahan menunggu",mintanya kepada kerani tersebut.Terkebil-kebil mata kerani tersebut. Tak ada kata-kata yang terkeluar di mulutnya cuma sekadar senyuman yang hambar dan mungkin jua ketakutan.

baca lagi...

Dari lidah Pemimpin Kitani


''JUSTERU TIDAK ADA JALAN PINTAS BAGI KITA UNTUK MENYANTUNI GENERASI MUDA MELAINKAN KITA DAPAT MEYAKINKAN MEREKA DENGAN ASAS-ASAS PERJUANGAN KITA SECARA TUNTAS DAN RASIONAL,''Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (SUMBER BH);  *   "SEHUBUNGAN DENGAN INI JUGA, SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN YANG PERIHATIN KITA JUGA SENTIASA MENDENGAR RINTIHAN SERTA DENYUT NADI RAKYAT. KITA SEKALI-KALI TIDAK MEMANDANG MUDAH SOAL KEBAJIKAN RAKYAT. POKOKNYA, KITA MAHU SETIAP BANTUAN YANG DIJANJIKAN BUKAN SAJA SAMPAI KETANGAN RAKYAT TETAPI JUGA TIBA PADA MASA YANG TEPAT." YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak (SUMBER BLOG 1Malaysia)   *   PUTRAJAYA, 15 Okt — "PENJAWAT AWAM PERLU MENGAMALKAN SIKAP MENDAHULUKAN KEPENTINGAN AWAM DALAM MENJALANKAN TUGAS DENGAN JUJUR, ADIL, CEKAP DAN BERHEMAH," Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.    *