UTAMA | SEJARAH | PERISTIWA BERGAMBAR | KELUARGA KITANI | AGAMA | KOMEN BISKITA | ARKIB |  NOSTALGIA | HUBUNGI |
Selamat Datang ke Laman Blog kitani.

TERKINI

Orang Kuat disebalik program

Tenaga pengerak Aktiviti PPB
Cawangan Melayu Trusan

Kampung Masjid Trusan, 2 Ogos 2014 (Sabtu) : Karnival Sukan PBB anjuran Pemuda dan Wanita ranting Melayu Trusan telah berlangsung mariah. Karnival sehari itu telah menghimpunkan sebahagian warga Trusan walaupun masih dalam suasana aidil Fitri untuk sama-sama menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Antara lain aktiviti-aktivitinya ialah  Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Futsal Kanak-kanak, Ping-pong, Dart dan Pertandingan Karaoke 18 tahun ke atas. Pertandingan diadakan secara terutup untuk mereka yang berada di Ranting Melayu Trusan sahaja sementara perserta karaoke pula adalah diwajibkan untuk membawa lagu-lagu yang bertemakan hari raya. Karnival ini berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Masjid Trusan bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada sebelah malam dimana pertandingan dart akhir diadakan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda Cawangan N71 Bukit Sari Saudara Zamzam bin Said, bersama Ahli-ahli dan JK Cawangan N71, Cr Awgku Bahar bin Pg. Jini, CR Ahmad Afendi bin Tahir, Awgku Mohd. Ariffin bin Pg. Hj. Jawa, Saudara Fazri Sofian bin Hj. Tuah dan Saudara Latiroswadi bin Latip. Hadiah-hadiah disampaikan oleh tetamu jemputan disamping juga oleh Ketua Pemuda dan Wanita Cawangan Gelapas, Saudara Junaidi bin Ahmad dan Pn. Dygku Jauyah bt Pg. Baha.

Sumbangan : Sahreen bin Dahlan, Ketua Pemuda PBB Ranting Melayu Trusan
Fhoto : Awgku Alaudin bin Pg. Jini

Malam Kebudayaan Sempena Lawas Karnival UpTown dan Armada 2014 meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan kebuadayaan masyarakat setempat di Daerah Lawas.  Majlis tersebut mengambil tempat di Dataran Lawas pada malam terakhir pesta yang diadakan sejak 30 Mei 2014 lalu. Pelbagai acara diadakan yang diantaranya melibatkan penyertaan anak-anak dan warga kitani. Selain penyertaan pertandingan bola sepak 7 sebelah lelaki dan perempuan, kitani juga menyertai pertandingan masakan, dart dan ratu kebaya. Pada malam tersebut perserta Ratu Kebaya kita Saudari Norsykin bin Abdul Samad dari Kampung Gelapas telah dinobatkan sebagai Juara Ratu Kebaya 2014 Daerah Lawas. Kitani turut merasa bangga atas kejayaan tersebut dan mengucapkan tahniah. Semoga ada lagi anak-anak kitani yang berani tampil dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti itu dan dapat menimbulkan nama Trusan kitani pada masa akan datang. Tahniah juga kepada pasukan bola sepak kitani meskipun tidak berjaya menjulang kejayaan namun penampilan mereka di persada bola sepak Daerah Lawas sudah tentu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain. – sumber  Sdr. Jafri bin Matnor



SK Trusan 3 Jun 2014 : Sempena cuti persekolahan pertengahan Semester 1 ini, pihak sekolah SK Trusan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas tambahan untuk membantu pelajar-pelajar khususnya pelajar tahun enam sebagai persediaan mereka menduduki peperikasaan UPSR 2014 September ini. Ini adalah memberi ruang kepada para pelajar untuk mengisi masa luang sepanjang cuti persekolahan dangan aktiviti-aktiviti yang berfaedah disamping dapat mentelaah pelajaran dengan lebih bersistemetik dengan bimbingan guru. Kelas ini terbuka kepada semua pelajar tahun enam dan dibuat secara percuma.
Dibekalkan percuma setiap murid

Usaha murni ini sepatutnya diambil oleh pelajar sebagai satu peluang untuk menambah lagi penguasaan mereka dalam pelajaran dan membantu mereka yang lamah. Pelajar kita hari ini sebenarnya amat beruntung kerana banyak kemudahan dan bantuan yang mereka terima. KWAM, RMT, Pakaian Uniform, bantuan persekolahan RM100, Susu SIhat dan banyak lagi. Sepatutnya semua ini dapat memberi mereka galakan dan perangsang untuk belajar bersungguh-sungguh bagi masa depan mereka. Mereka harus sedar bahawa hanya pelajaranlah saja yang akan dapat mengubah kehidupan mereka suatu hari nanti. Guru-guru dan pihak sekolah hanya sebagai ejen pembantu bagi merealisasikan semua impian mereka. Namun usaha sebelah pihak sahaja tidak mungkin akan membuahkan hasil. Ianya perlu melibatkan semua pihak terutama ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Usah mengharapkan sesuatu yang luar biasa ( Keajiban ) kalau kita sendiri tidak melakukan usaha yang lebih dari kebiasaan, dan ingat apanya perembahan kitani “Asal bakarih, Balurih!



Ini dia Team dari Trusan kitani. Mereka telah berentap dan memberi persaingan hebat kepada pasukan lain dalam pertandingan bola sepak 7 sebelah di Karnival Lawas UpTown dan Armada PBB 2014. Walau pun hanya berjaya sampai ke pusingan ke tiga namun semangat juang mereka harus kita puji. Ternyata kitani mempunyai pemain yang berbakat dan jika ini berterusan tidak hairan satu hari nanti pasukan dari Trusan akan digeruni oleh pasukan lawan di Daerah Lawas ini. Kita sama-sama mendoakan semoga kedua-dua team ini berjaya.


Disamping itu pasukan wanita kitani tidak kurang hebatnya. Dalam penampilan sulungnya kali ini ternyata ianya telah memberi saingan yang tidak disangka kepada pasukan pilihan yang lain. Penampilan yang agak bertenaga dan mengiburkan penonton itu telah menyuntik semangat kepada pengurus pasukan untuk mencatur dan mengorak langkah dalam merancana strategi  masa depan pasukannya. Dan tidak mustahil Trusan akan melahirkan bintang pada masa akan datang. - sumber Aji Bos Facebook





JK Pertandingan Memancing 2014
PERTANDINGAN MEMANCING DI TEBINGAN SUNGAI KG. BALAI
KAMPUNG BALAI TRUSAN, 25 MEI 2014: Tebingan sungai Kg. Balai Trusan meriah dengan kehadiran penduduk-kampung sekitar kampung-kampung Melayu Trusan untuk sama-sama menjayakan Pertandingan Memancing yang dianjurkan oleh Pemuda PBB Kg. Gelapas dan Kg. Balai. Pertandingan yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu bermula dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Imam Hj. Sidik bin Hj. Japar. Turut hadir ialah Ketua-ketua kampung berderkatan dan orang ramai yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Pertandingan ini telah berjaya menarik seramai 71 orang peserta.


Menurut saudara Suhaimi bin Hj. Drahman yang juga merupakan Ketua Pemuda PBB Ranting Melayu Gelapas, antara lain tujuan penganjuran adalah untuk mengeratkan lagi persafahaman dan kemesraan dikalangan ahli serta pera penduduk di sekitar kampung-kampung Melayu berdekatan. Selain itu ia adalah merupakan salah satu program yang dirancang oleh pihak Pemuda selain program-program kemasyarakatan dan keagamaan yang akan dilaksanakan kemudian.Pertandingan dijalankan dalam satu kategori iaitu hasil tangkapan yang paling banyak. Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga tempat ke tiga dan 3 hadiah saguhati. 

Selain itu bagi menambah kemeriahan, pihak penganjur juga menyediakan beberapa hamper untuk cabutan bertuah. Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi.Hadiah-hadiah telah disampaikan sendiri oleh Saudara Suhaimi bin Hj. Drahman di akhir pertandingan.



Sambutan Hari Ibu 2014
SAMBUTAN HARI IBU 2014
KAMPUNG MASJID TRUSAN, 23 MEI 2014: Penduduk sektar Kampung Melayu Trusan tidak ketinggalan meraikan Hari Ibu yang disambut pada setiap Mei. Sambutan yang diadakan di Dewan Serbaguna Trusan telah dihadiri oleh sebahagian besar para ibu. Majlis yang dianjurkan buat kali kedua oleh KEMAS dan Perkumpulan Wanita Sarawak (PWS) cawangan Trusan itu telah mendapat sambutan yang amat mengalakan.
Pada majis tersebut para ibu telah diraikan dengan acara pertukaran hadiah disamping acara memotong kek yang dibuat secara bersama. Meskipun acaranya amat sederhana namun ianya adalah salah satu cara yang amat bermakna kapada yang hadir sebagai satu penghargaan kapada para ibu. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.



Karnival Kokurikulum dan Asrama 2014


KARNIVAL KOKURIKULUM DAN ASRAMA SK TRUSAN
SK TRUSAN – 7 MEI 2014 : Karnval Kokurikulum dan Asrama berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Mei itu disambut mariah oleh warga sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang karnival berlangsung. Antarnya ialah Pertaningan Bolasepak,  Bola Baling, Badminton Perempuan, Sepak Takraw Lelaki, Bola Jaring, “Coral Speaking”, Kalam Jama’e, Bicara Berirama, Becerita tahap satu dan dua, Membaca tahap 1, “Story Telling and reading Lavel 1 and 2”, Pertandingan Azan, Tulisan Jawi dan Hafazan, Kerom dan permainan catur.
Sepak mula pertandingan bola sepak telah bermula lebih awal iaitu pada 30 April 2014. Dimana ianya telah dirasmikan dengan sepak mula oleh Cikgu Siti Jaleha binti Wahab Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid SK Trusan sekitar pukul 1.45 petang di Padang Bolasepak SK Trusan. Turut sama dilepaskan pada masa itu ialah pertandingan bola baling juga berdekatan dengan venue perlawanan bolasepak.
Walaubagaimanapun, karnival sebenar hanya bermua pada 3 Mei dengan bermulanya perlawanan Bola Baling. Perlawanan diawalkan dari jadual asal memandangkan kekangan masa dan padatnya jadual aktiviti yang diadakan. Gimik pelancaran karnival dilakukan sendiri oleh Cikgu Madini bin Hj. Masri, Penolong Kanan KoKurikulum SK Trusan. Lapan pasukan menyertai bagi setiap permainan yang terdiri dari empat pasukan lelaki dan empat pasukan perempuan. Sementara format perlawanan adalah dalam liga.

Karnival diteruskan pada hari berikutnya iaitu pada 5 Mei, dengan pertandingan Becerita Tahap 1 dan 2 serta Bicara Berirama pada sebelah pagi, manakala pada sebelah petangnya pula  Pertandingan Sepak Takraw dan Badminton mengambil tempat masing-masing. Ini diikuti pada sebelah malam dengan pertandingan Catur dan Kerom bertampat di Dewan Pg. Dato’ Mohamad.
Pada hari berikutnya pula pertandingan ‘Coral Speaking, Story Telling and Reading Level 1 and 2’ diadakan di tempat yang sama. Sementara pada sebelah petang pula diadakan Pertandingan Azan dan Hafazan surah-surah lazim dijalankan.
Hari terakhir Karnival KoKurikulum dan Arama 2014 SK Trusan telah menyaksikan pertandingan Kalam Jama’e dimana empat kumpulan menyertainya. Keputusan semua pertandingan telah diumumkan oleh Cikgu Madini dimana Rumah Biru telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival kali ini diikuti oleh Rumah Hijau sebagai Naib Juara dan Rumah Kuning tempat ketiga serata Rumah Merah tempat keempat. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Cikgu Awang Amir bin Awang Arsad, Penolong Kanan 1 SK Trusan. Sebelum itu beliau sebagai wakil Guru Besar telah diamanahkan untuk menangguhkan dengan rasaminya karnival kali ini. Dalam ucapan penangguhannya sebelum itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota pengelola yang diketuai oleh PK KK, Cikgu Madini dan AKP yang telah bertungkus lumus menjayakan karnival sehingga ianya dianggap sebagai ‘Sangat Berjaya’ penganjuranya. Tahniah dan syabas atas kejayaan tersebut dan berharap ianya akan membawa impak yang besar kepada sekolah keseluruhanya.




PERTANDINGAN FUTSAL DAN SUKANEKA PEMUDA PBB
14 JULAI 2012(Sabtu) Pemuda PBB ranting Malayu Trusan telah menganjurkan pertandingan Fusal dan sukaneka. Progaram yang dilangsungkan sehari penuh tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada pemuda dan warga kampung Trusan.Pertandinga fusal bermula seawal jam lapan pagi dengan menerima lebih daripada 16 pasukan. Ini terdiri daripaa 6 pasukan kanak-kanak dan selebihnya adalah dari kalangan belia.Sementara itu sukaneka pula yamg melibatkan kalangan wanita telah berjaya menarik penyertaan 7 pasukan yang bersaing untuk menjadi juara. Walaupun hujan lebat pada sebelah petang, ini tidak menghalang peserta setiap permainan meneruskan perlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Pada petang itu juga diadakan pertandingan mewarna bagi dewasa dan kanak-kanank. Ini diikuti dengan pertandingan ratu fesyen kanak-kanak dan dewasa serta pertandingan karaoke pada sebelah malamnya. Turut hadir untuk memeriahkan program tersebut ialah YB Dato' Hendry Sum Agong Ahli Perlimen P222 Lawas yang juga merupakan tetamu kehormat pada majils malam tersebut. Beliau juga telah sudi untuk menyampaikan semua hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan, Pada majlis itu, dalam ucapan perasmian penutupannya sebelum itu beliau telah sudi menghulurkan sedikit dana kepada Pemuda dan Wanita PBB Ranting Malayu Trusan sejumlah RM3000 setiap satu. Dan beliau berharap perpaduan ynag ditujukkan dalam perogram tersebut akan dapat diteruskan sampai bila-bila. Sementara itu Ketua Pemuda, Encik Sahrin Dahlan dalam ucapan alu-aluannya sebelum itu telah melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato', atas kesudian hadir memeriahkan majlis. Di samping itu beliau tidak lupa untuk memberi penghargaan kepada penyumbang dana yang telah bermurah hati dan sering menjadi tulang belakang kepada PBB Trusan iaitu Cr. Awangku Zainal Abdeen bin Pg. Hj. Jawa yang merupakan penyumbang awal kepada berlangsungnya program tersebut. Begitu juga kepada semua angota PBB pemuda dan wanitanya yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Turut hadir pada malam tersebut juga, ialah KK Pg. Hj. Jawa, KK Pg. Bujang, KK Hj. Zamjam dan KK Hj. Bakar.
SYABAS LAWAS DAN TAHNIAH TRUSAN!

Walaupun tidak berkesempatan untuk meraikan bersama Pesta Lawas tahun ini. Khabarnya inilah Pesta Lawas yang paling meriah sepanjang penganjuranya sejak sedekad yang lalu. Lawas telah menjadi tumpuan dalam beberapa hari, seminggu atau mungkin sebulan sebelum pesta tersbut mencapai kemuncaknya pada 27 Mei yang lepas. Hampir seluruh media tempatan, malahan media perdana yang berbahasa Malayu, Inggeris dan Cina juga menyelitkan bahan berita mereka mengenai Lawas. Ini termasuklah Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Sementara itu media elektronik seperti RTM dan TV3 juga membuat beberapa liputan langsung dan melaporkan perkembangan semasa sepanjang pesta berlangsung yang bermula pada 21 hingga 27 Mei di Bandar paling utara di Sarawak itu. RTM sendiri telah telah mengambil bahagian secara langsung dan seterusnya menjadi tarikan utama dalam pesta tersebut dengan penganjuran beberapa aktiviti seperti Jalajah Pemasaran, Lawas Idol, dan konsert Gegar Olimpik yang juga merupakan kemuncak pesta tersebut yang dihadiri lebih 5000 orang dengan menampilkan artis-artis terkenal di tanah air masa kini.

Pesta Lawas kali ini benar-benar berpesta dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang cukup menarik. Dikatakan menurut sumber ada 4 pentas pesembahan disediakan, lebih 50 buah booth pameran pelbagai agensi, lebih 40 buah booth pameran kebudayaan setiap kampung, lebih 300 buah gerai yang menjual pelbagai jualan seperti makanan dan minuman, pakaian, perhiasan, peralatan, dan pelbagai lagi. Disamping itu bebarapa acara sampingan mengambil tempat dalam pesta selama hampir seminggu itu. Antaranya senaman erobik, badang Lawas, Chef Muda, Pertandingan Kek Batik Sarawak, masakan berasaskan Tahai dan pelbagai acara sampingan yang lain.

Yang paling menarik tumpuan orang ramai ialah Regata Lawas 2012. Batang Lawas seolah-olah seperti pekan kecil dengan kehadiran beratus-ratus perahu dan ribuan manusia memanjiri tebingannya untuk menyaksikan peserta-peserta lumba berkayuh berentap antara satu sama lain menyusur dan mudik di Batang Lawas. Peserta bukan saja dari sekitar Lawas sendiri malahan juga menerima kunjungan dari Kuching, Limbang dan Negara Berunei Darussalam. Kemeriahannya bukan setakat itu saja, pada sebelah malamnya Bandar Lawas, bermandi cahaya dengan hiasan lampu berwarna-warni menghiasi Bandar Lawas. Pada malam 26 Mei, diadakan pertandingan Kereta Berhias, dan perarakan tanglung. Pelbagai jenis kereta berhias dan tanglung telah dipersembahkan pada malam tersebut. Bandar Lawas seolah-olah terpaku pada malam itu dimana hampir seluruh jalan dipenuhi oleh lautan manusia dan pergerakan lalu lintas tehenti untuk beberapa jam.

Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa meriahnya Pesta Lawas kali ini. Menakjubkan bagi kita kerana Lawas bukanlah sebuah Bandar besar jika dibandingkan dengan Bandar-bandar besar di nagara kita ini. Namun kemeriahnya seolah-olah seperti sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Syabas untuk Lawas dan pemimpin-pemimpinya kerana membawa Lawas setapak lagi kehadapan. Semoga Lawas terus maju dan makmur.

Warga Trusan juga tidak ketinggalan turut menjayakan pesta tersebut dengan penyertaan dalam pelbagai pertandingan dan penglibatan secara langsung dalam beberapa acara sukan dan kebudayaan. Tahniah kepada warga Trusan yang telah menjuarai Pertandingan Kereta Berhias ketagori Kampung dan tempat kedua bagi acara perarakan tanglung. Begitu juga kepada peserta pertandingan-pertandingan yang lain. Tahniah…


TONG SATU MALAYSIA
23 APRIL 2012 :Lama menunggu kini tong satu Malaysia telah diagihkan kepada seluruh penduduk di sekitar Lawas termasuk di Trusan ini. Ini telah sedikit sebanyak melegakan orang ramai yang selama ini terhimpit dalam masalah air yang tidak berkesudahan. Masalah kekurangan bekalan air di Trusan ini telah berlanjutan sejak lebih 4 ke 5 tahun yang lalu dan sampai ke hari ini. Meskipun logi air yang berkapisiti tinggi sudah dibina dan sedang dalam pembinaan masalah ini nampaknya mungkin tidak akan berakhir dalam masa terdekat ini. Namun syukur alhamdullilah atas keperihatinan kerajaan, dengan pengagihan tangki air ini sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah yang selama ini membelenggu masyarakat. Sudah setentunya kitani mengucapkan terima kasih dan bersyukur.
Beginilah keadaanya setiap kali ketiadaan air. Hanya air hujan yang begitu terhad  sahaja menjadi tempat bergantung.  




MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT
Masjid Al-Hidayah Trusan, 30 Oktober 2010: Majlis tersebut dianjurkan oleh guru-guru dan Persatuan Pelajar Islam SMK Trusan sebagai persediaan terakhir untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM November ini. Dalam kata-kata aluannya, Pengetua SMK Trusan En. Syawal Pandin berharap segala usaha yang selama ini diusahakan akan membuahkan hasil. Selaian itu beliau berharap ibu bapa juga memainkan peranan mereka dalam memastikan anak mereka berjaya dalam pelajaran kerana itu saja yang boleh menjamin kejayaan anak-anak pada masa depan. Beliau juga turut berharap pelajar sendiri harus sedar dan mempunyai azam yang kuat untuk membawa perubahan kepada diri sendiri dan keluarga keluar dari kepompong kesusahan hidup dan masa depan yang lebih baik. Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lawas, Encik Mazinan bin Hj. Wahid sebagai tetamu kehormat, Pemangku Guru Besar SK Trusan, Cikgu Morni Hj. Muda, Penghulu Pg. Hj. Drahman bin Pg. Hj. Amzah, TK Zamzam Hj. Moktal, TK Tahir bin Ludian, Setiusaha Masjid Trusan, Tuan Imam 1 dan II, Pra Ibu Bapa dan pelajar Islam SMK Trusan.
Pada majlis tersebut juga diadakan caramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Marzuki Chungpat salah seorang tenaga pengajar di sekolah tersebut. Pada ceramah tersebut beliau mengariskan 4 teras utama motivasi diri yang antara lain ialah berkaitan dengan iman, takwa, esan dan akhlak mulia. Semua itu berkait rapat bagi melahirkan individu yang mempunyai pekej lengkap berdiri sebagi muslim sejati, berwibawa dan berilmu.


TRUSANKITANI KINI DI FACEBOOK
Kini warga Trusan boleh bertukar dan berkongsi maklumat melalui facebook laman sosial terkini. Siapa saja boleh berkongsi maklumat dan cerita mengenai apa saja untuk dikongsikan bersama. Jemputlah menjadi rakan kitani.




MAJLIS RAMAH TAMAH IDIL FITRI
Kampung Tengah Trusan 15 September 2010: Majlis Ramah Tamah Idil Fitri meriah dengan kehadiran hampir semua penduduk kampung-kampung Melayu Trusan yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Hidayah Trusan. Turut hadir ialah YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah bin Alihasan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II & Menteri Kemudahan Awam Sarawak yang juga merupakan tetemu kehormat pada majlis tersebut berserta rombongan. Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Malayu Trusan tersebut telah mendapat sambutan hangat dari warga Trusan yang sama-sama menyumbang tenaga menjayakan majlis tersebut. Dalam ucapannya, Pengerusi Kelab tersebut En. Awangku Bahar Pg. Jini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan kuih muih untuk disajikan pada majlis tersebut. Beliau tidak menyangka sambutan yang begitu baik dari semua pihak dan berharap majlis seperti akan dapat diadakan pada masa-masa akan datang.

Begitu juga kepada mereka yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan pertandingan bercucul sempena hari raya tahun ini, terutama kepada Pg. Hj. Omar Ali bin Pg. Hj. Jawa yang telah menyumbang hadiah bebentuk wang tunai kepada pemenang pertandingan tersebut. Beliau merakamkan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya diharap akan dapat menyertainya lagi pada tahun hadapan sekiranya pertandingan ini diadakan lagi.
Pada majlis itu, YB Datuk Amar telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan bercucul tersebut. Terdahulu daripada itu dalam ucapanya, beliau merakamkan tahniah kepada penganjur yang telah berjaya menganjurkan pertandingan dan majlis tersebut dalam masa yang sama. Beliau juga berharap perpaduan dan kerjasama yang ditunjukkan itu akan dapat terus diamalkan sampai bila-bila. Juara En. Sahrin Bin Dahlan telah menerima hadiah wang tunai RM650 dari Kg. Tengah, Naib Juara En. Zakaria Awg Damit menerima RM550 sementara tempat ketiga En. Yusop bin Hj. Osman menerima RM450, kedua-duanya dari Kampung Balai, Tujuh lagi perserta lain telah mendapat saguhati berjumlah RM100 setiap seorang.



Sebelum itu, pada 23 Ogos 2010, bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lawas diadakan satu mesyuarat khas untuk menubuhkan Kelab Rekreasi Melayu Trusan yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Pg. Omar Ali bin Pg. Hj. Jawa yang juga merupakan setiausaha sulit kepada YB Dato Amar Hj. Awang Tengah Ali Hassan. Dalam mesyuarat itu, beliau menjelaskan tentang keperluan untuk menubuhkan kelab tersebut pada masa ini. menurut beliau ini memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan yang diperlukan dalam membantu belia kampung menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah dan kemajuan mereka sendiri. Untuk permulaan peruntukan RM50 000 akan dimasukan ke dalam akaun kelab tersebut nanti apabila didaftarkan kelak. Sehubungan dengan itu mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk menamakan kelab tersebut sebagai KELAB REKREASI MELAYU TRUSAN (KERAMAT)dan pengerusinya ialah En. Awku. Bahar bin Pg. Jini dibantu oleh En. Roslan Hj. Adol sebagai Naib Pengerusi. Setiusahanya pula ialah En. Asmawi bin Samah serta Bendahari En. Awku. Abdul Razak bin Pg. Hj. Drahman.
Sehubungan dengan itu, Tuan Hj. Pg. Omar juga berharap Khairat Islam Trusan akan dapat didaftarkan segera dan meminta Cikgu Yusop Hj. Sitam sebagai pengerusinya mengambil tindakan untuk mendaftar pertubuhan tersebut secepat mungkin. Beliau juga turut menyebut tentang pelbagai projek yang sedang dan akan dilaksanakan di Trusan ini dalam usaha membangunkan Trusan. Antara lain ialah pembinaan benteng sungai, jalan raya, sekolah menengah, sekolah rendah, projek perumahan dan sebagainya. Ini menurut beliau menujukkan kerajaan telah berusaha untuk membawa pembangunan kepada rakyat termasuk di Trusan ini.
Pada mesyuarat itu juga beliau turut berkongsi masalah dan keperluan mesyarakat kampung yang menuntut penyelesaian dan pembelaan. Antara lain masalah yang diutarakan ialah masalah kekurangan bekalan air yang amat menyulitkan mesyarakat terutama jika berlaku kenduri kendara dan kematian. Selain itu masalah yang dibangkitkan ialah masalah pembentungan, perparitan, permohonan tangki air, pembinaan blog baru sekolah Trusan, dan lampu jalan. Beliau menjelaskan, tentang masalah air hanya mungkin dapat diselesaikan jika Komplek Bekalan Air Trusan siap sepenuhnya menjelang 2013, sementara itu beliau akan berusaha untuk mencari bagaimana untuk memebekalkan tangki kepada mesyarakat kampung yang memerlukan. Sementara itu masalah-masalah lain akan cuba diselesaikan mengikut keperluan dan peruntukan sedia ada. Dalam majlis itu beliau, menyumbangkan sejumlah RM5000 untuk pertandingan bercucul dan majlis ramah-tamah idil fitri yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Malayu Trusan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah TK Hj. Zamzam bin Hj. Moktal, TK Tahir bin Ludin dan sebahagian pimpinan belia tempatan. 
Gambar adalah sumbangan dari AWANGKU BAHAR BIN PG. JINI


GOTONG ROYONG MEMBERSIH PERKUBURAN ISLAM TRUSAN
Kampung Tengah Trusan, 8 Ogos 2010: Program gotong royong seumpamanya adalah merupakan satu tradisi masyarakat yang masih diamalkan sehingga kini. Di sini ianya tidak kurang meriahnya dengan kehadiran lapisan golongan masyarakat tua muda, belia dan ramaja turut sama menjayakan majlis tersebut. Biarpun ianya diadakan setahun sekali sudah cukup mengambarkan bahawa mesyarakat masih lagi akur tentang peripantingnya mengingat mereka yang telah pergi lebih-lebih lagi dalam kegembiraan menyambut ketibaan Ramadhan dan Syawal yang tidak lama lagi akan menjelang. Di sini tempat bersemadinya para kelauraga dan nenek moyang kita, sudah tentu kita merasakan ianya satu kewajiban untuk kita memelihara dan menjaganya. Rasa puasa dan lega bila melihat tanah perkuburan yang begitu semak dan mengerunkan menjadi bersih dan cantik dilihat selepas semua kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Gotong royong ini dianjurkan oleh Jawatan Kuasa pentadbiran Masjid Al-Hidayah Trusan saban tahun dangan kejasama sepenuhnya oleh seluruh masyarakat kampung-kampung Melayu di Daerah Kecil Trusan. Kali ini ianya melibatkan Persatuan Pelajar Islam SMK Trusan dan Para Wanita, yang mana kawasan pemebrsihan adalah meliputi Tanah Perkuburan Islam Trusan, Tanah Perkuburan Lama Kampung Gelapas dan Bangunan Masjid Al-Hidayah Trusan. Untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan, beberapa kumpulan telah dibentuk dimana semua para wanita yang hadir ditugaskan membersihkan masjid dan sementara semula lelaki ditugaskam dikedua-dua tanah perkuburan tersebut. Semua kerja-kerja dimulakan seawal 8.00 pagi dan berakhir sejitar jam 11.00 pagi.
Pihak Jawatankuasa Pentadbiran Masjid tidak lupa merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program tersebut dan berharap program seperti ini akan mendapat lebih banyak sambutan pada masa akan datang.

CERAMAH MOTIVASI ZON A
Pekan Trusan, 7 Ogos 2010: Seramai 119 orang murid ahun 6 dari tujuh buah sekolah rendah di Daerah Trusan telah mengikuti ceramah motivasi pada hari tersabut. Ceramah motivasi yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lawas, Majlis Guru Besar(MGB) dan Sekolah-Sekolah Zon A tersebut telah mendapat suntikan semangat dan sokongan padu dari Ahli Perleman P222 Lawas Datuk Hendry Sum Agong yang turut merasmikan acara penutupan bagi program tersebut pada sebelah petangnya di Dewan Mesyarakat Trusan. Dalam ucapan perismianya beliau memuji inisiatif Jabatan Pelajaran Daerah Lawas dan MGB serta guru-guru menganjurkan program yang sangat bermakna seperti ini. Beliau barharap program ini akan dapat dimanafaatkan oleh para pelajar supaya menningkatkan azam untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR 2010. Sabagai menujukkan sokongan padu beliau, beliau menyediakan ganjaran istemewa kepada pelajar yang cemerlang mendapat 5A(SK) dan 7A(SJK) sebanyak RM500 dan RM700 seorang. Untuk itu juga belau menjanjikan peruntukan RM5000 kepada Zon A unuk mengajurkan program ini pada tahun akan datang.

Sebelum itu pada sebelah paginya, seawal 7.30 pagi para pelajar telah berkumpul bersama ibu bapa masing-masing di dewan tersebut untuk mengikuti ceramah yang disempaikan oleh Yang Berbahagia En. Awangku Merali bin Pengiran Mohamad, Ketua Sektor dari Jabatan Pelajaran Negari Sarawak yang dijemput khas bagi meningkatkan semangat dan memotivasikan pelajar serta ibu bapa mereka. Beliau yang merupakan anak tempatan yang boleh dianggap sebagai berjaya dan cemerlang itu turut mengimbau dan berkongsi masa lalunya menceritakan betapa keperitan hidup yang dilaluinya menjadi pendorong yang amat bermakna dalam mencapai kecemerlangan. Beliau mengingatkan kemiskinan bukan menjadi penghalang untuk seseorang itu terus maju dalam pelajaran, tetapi, kecekalan, kerja kuat dan kesungguhan menjadi faktor utama dalam apa jua pencapaian yang diidamkan. Beliau membuka minda ibu bapa dan mencabar mereka untuk menghasilkan anak-anak yang cemerlang agar nanti di Trusan ini akan lahir lebih ramai bijak pandai. Dengan tajuk "Ibu bapa Cemerlang, Anak Cemerlang" yang dibawakan oleh beliau itu telah berjaya mengamit setiap yang hadir dalam usaha memberi semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa dan meningkatkan usaha dalam waktu-waktu terakhir ini sebelum menjelangnya peperikasan sebenar September ini. Turut menyampaikan ceramah ialah Cik Rikan Jabu, Pegawai Kaunseling di Pejabat Pelajaran Daerah Lawas. Beliau juga menaruh harapan yang tingga agar pelajar dan ibu bapa sedar akan kepentingan pencapaian akademik untuk kesejahteran mereka pada masa akan datang. 

MAKAN-MAKAN SEKAMPUNG
Masjid Al-Hidayah Trusan, 30 Julai 2010: Makan-makan sekampung atau juga kenduri sekampung diadakan di sini seperti biasa. Kenduri yang dianjurkan oleh pihak masjid tersebut diadakan setiap tahun dalam bulan Syakban dalam kelendar Islam mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Kutipan sahaja hampir mencecah seribu ringgit hasil dari sumbangan dan sedekah mesyarakat kampung. Majlis dimulakan dengan gotong-royong membuat persediaan dan menyediakan juadah untuk kenduri tersebut seawal 9.30 pagi di perkarangan masjid. Ianya melibatkan para wanita dan ibu-ibu yang tinggal berdekatan dan persekitaran kampung Tengah Trusan.
Pada sebalah malamnya selepas sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, bacaan tahlil dimulakan dengan diketuai oleh Tuan Imam I, Hj. Sidik bin Hj. Japar dan diikuti oleh orang yang hadir. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Hj. Ibrahim bin Pg. Hj. Harun, Pengerusi Majid Al-Hidayah Trusan dan semua pegawai-pegawai masjid serta penduduk-penduduk kampung. Para tetamu menikmati jamuan yang disediakan selepas sahaja sembahyang fardhu Isyak.


PERAYAAN PESTA SUKAN SEKOLAH DAN PIBG SK TRUSAN MERIAH!

SK TRUSAN, 15 JULAI 2010, KHAMIS: Buat julung kalinya sejak hamper tujuh tahun SK Trusan menganjurkan Pesta Sukan Sekolah dan PIBG bersama. Pesta tersebut yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat setempat dan kampung-kampung yang berdekatan dianjurkan selama 3 hari bermula 15 Julai dan berakhir 17 Julai ini di sekolah tersebut. Ini terbukti dengan penyertaan penuh setiap acara-acara yang dipertandingkan sejak awal lagi. Acara pesta kali bermula dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Lawas, Encik Matzinan bin Haji Wahit. Sebelum itu perbarisan lintas hormat dilakukan oleh perserta-perserta kejohanan yang menyertai pesta sukan tersebut.

Hari pertama menyaksikan beberapa acara belapan dan padang yang melibatkan para pelajar dan ibu bapa mengambil tempat sepanjang hari tersebut. Suasana bertambah meriah dengan kehdiran ibu bapa yang sama-sama memberi sokongan kepada anak-anak mereka semasa acara dijalankan. Sementara pada sebelah malam diadakan acara pentas memampilkan bakat-bakat kecil yang turut mengamatkan suasana dengan pertandingan Fesyen kanak-kanak tahap 1, tahap 2 dan Prasekolah serta pertandingan bina badan pelajar lelaki tahap 1 dan tahap 2. Pertandingan Bintang Kecil paling mendapat sambutan dengan penyertaan lebih 30 penyertaan. Guru Besar SK Trusan, Cikgu Jamal bin Ibrahim turut menghiburkan penonton malam itu dengan membawakan dua buah lagu nostalgianya dengan sambutan tepukan gemuruh oleh mereka yang hadir. Beliau yang akan bersara pada September ini turut berkongsi cerita dan pengalaman beliau sepanjang kerianya sebagai pendidik kepada hadirin.


Hari kedua Pesta sukan Sekolah Kebangsaan Trusan tambah meriah dengan beberapa acara lagi dilangsungkan dan dipertandingkan. Antaranya ialah acara sukaneka pelajar dan ibu bapa, perlawanan bola sepak 7 sebelah, Footsal lelaki dan wanita, serta acara olahraga yang melibatkan penyertaan ibu bapa. Penyertaan setiap acara adalah amat menggalakan sehingga ada beberapa acara seperti bola sepak 7 sebelah dan Footsal terpaksa dibawa dan dilanjutkan kepada hari ketiga. Begitu juga dengan acara pementasan pada sebelah malam dimana pertandingan Bintang Kecil disambung dengan beberapa orang perserta lagi memebuat persembahan pada malam kedua. Juga pada malam kedua ini diteruskan dengan acara Ratu Fesyen Wanita dan Pertandingan Karaoke tertutup Trusan.

Pada hari ketiga, beberapa lagi acara dan pertandingan diadakan. Pertandingan Footsal lelaki diteruskan hingga keperlawanan akhir dan begitu juga dengan pertandingan bola sepak 7 sebelah. Pada aksi fainal diantara pertemuan Uruguay dan Portugal, telah berkesudahan dengan tendangan penal T yang mana Uruguay diistharkan sebagai pemenang. Sementara Footsal wanita, Ghana dan Japan berentap diaksi final menyaksikan Ghana tewas dengan 2 gol tanpa balas. Nampaknya demam piala dunia masih dirasai di sini, dimana setiap pasukan menamakan pasukan masing-masing dengan nama-nama pasukan yang menyertai piala dunia 2010. Selain itu selepas saja acara bola sepak dilangsungkan, pertandingan mangayuh basikal perlahan dilangsungkan yang dibahagikan kepada dua kategori lelaki dan wanita. Ini adalah merupakan acara terakhir untuk pesta kali ini.

Sebelum itu pada sebelah pagi, diadakan pertandingan merawna prasekolah, pelajar tahap 1 dan 2 serta para ibu. Selain itu pertandingan mangubah bunga hidup juga dilangsungkan di dewan makan SK Trusan sekita jam 1000 pagi.
Pementasan malam terakhir tidak kurang meriahnya dengan beberapa pertandingan lagi dilangsungkan. Yang paling menarik tumpuan ramai pada malam itu ialah pertandingan Raja Lawak tempatan dan pakaian beragam. Penonton terpukau sejenak dengan kemerduan gesakan biola yang dipersembahkan oleh kumpulan bermukun sekeluarga Tuan Haji Adol bin Said dan anak-anak beliau. Kemerduan gesekan biola beliau seolah-oleh mengembalikan penonton kepada nostalgia lama yang memang mengasyikan sekitar tahun-tahun 50 dan 60-an. Pementasan malam tersebut juga turut dihangatkan dengan persembahan Kumpulan Nasyid dan koir sekolah, tarian “Cheken Dance” serta tarian rampaian 60-an dari pelajar prasekolah dan tahap 1. Turut menampilkan bakatnya ialah Cikgu Saiful dengan memetik gitarnya mengiringi nyanyian koir sekolah. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Pg. Abdul Kadir bin Pg. Harun yang merupakan YDP PIBG sekolah tersebut. Dalam ucapan penagguhannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis kali ini dari awal hingga akhir terutamanya kepada Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang bertungkus lumus menlaksanakan tugas masing-masing. Juga beliau tidak lupa kepada ibu bapa dan penderma-penderma baik dalam bentuk wang ringgit, hadiah maupun tenaga. Beliau berharap acara seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang

CERAMAH MEMPERINGATI ISRAK MIKRAJ
Masjid Al-Hidayah Trusan sekali lagi jadi tumpuan masyarakat kampung untuk menghayati caramah sempena memperingati Israk Mikraj Nabi Muhamad S.A.W 1431 hijrah. Caramah yang berlangsung sekitar 1jam 30 minit itu telah disampaikan oleh pencaramah undangan iaitu Ustaz Sofian bin Hamat dari SK Merapok Lawas. Beliau dalam ceramahnya mengkisahkan semula peristiwa agung itu kepada hadirin yang dianggarkan lebih 100 orang. Beliau juga dalam pada itu turut merumuskan intipati sebenar peristiwa tersebut untuk penghayatan bersama. Antara lain peristiwa-peristiwa yang digambarkan ialah tentang balasan bagi setiap perbuatan manusia di dunia ini yang sentiasa lengah, cuai dan alpa kepada amanah Allah. Begitu juga kepada manusia yang sentiasa angkuh, tamak dan pemegang amanah yang culas semuanya akan mendapat balasan seperti apa yang telah digambarkan. Sesungguhnya peristiwa ini bukan saja menggandungi penuh pengajaran dan teladan tetapi merupakan satu ujian yang amat besar kepada kebenaran keimanan seseorang muslim dalam meyakini dan kepatuhanya kepada penciptanya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Tuan Imam 1, Hj. Sidik bin Hj. Japar, Tuan Imam 2 Mohamad Johan bin Bujang, Tuan Bilal Encik Amat bin Awang Damit, Setiausaha Masjid Encik Moktar bin Jaman, Setiausaha PBB ranting Melayu Trusan AK Bahar bin Pg. Jini dan penduduk-penduduk sekitar Daerah Kecil Trusan.


KEPERGIANYA DIRASAI, 23 Jun 2010, Seluruh kampung tersa kepergianya. Biarpun beliau bukannya tokoh ternama, ataupun ilmuan terbilang maupun hartawan tersohor, namun hatibudinya dan titisan ilmunya tetap akan menjadi kenangan abadi bagi mereka yang pernah mendampinginya. Itulah Pak Guru Yahya. Kepergianya yang tidak disangka, tatakala beliau masih menabur bakti kapada sebilangan muridnya membuatkan kita hiba mengenangnya. Ini memang sudah ketentuan Allah moga rohnya mandapat tempat disisiNya. Beliau tatakala hayatnya adalah guru mengaji dan berdikir mengajar sekitar kampung Tengah, Dato Mohamad, Balai dan Gelapas. Beliau tidak pernah meminta sebarang bayaran kapada khidmat yang diberikannya. Kerana beliau mahu semua orang boleh membaca Al-Quran dan Berdikir. Beliau sangat bimbang kalau dikir akan pupus satu ketika nanti jika tidak ada orang yang berminat mempelajarinya. Sebab itu beliau sentiasa sedia memenuhi permintaan mengajar jika diperlukan selagi beliau terdaya. Semoga Allah mencucuri rahmat ka atas Roh Allayerham... amin yarabalalamin..
Nama sebenarnya ialah Yahya Bin Abu Bakar tetapi lebih mesra dipangil Pak Yahya atau Pak Burut. Hidup serba sederhana namun tetap gigih dalam mendidik orang kampung dengan ilmu Al-Quran. Sekitar awal tahun 90-an beliau pernah mewakili Dearah dan Bahagian Limbang ke Tilawah Membaca Al-Quran bagi peringkat orang kurang upaya dan menurut cerita pernah mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan dalam kategori tersebut. Juga aktif dalam sukan, mewakili Sarawak ke sukan orang kurang upaya dalam sukan renang. Kegigihannya mengajar mesyarakat seperti yang diceritakan oleh Tuan Imam Hj. Sidik bin Hj. Japar, sangat mengagumkan. Allahyerham dikatakan sanggup mengayuh sampan kecilnya dari Gelapas hingga ke Kampung Dato Mohamad setiap hari untuk mengajar murid-muridnya di sana. Hingga ke akhir hayatnya beliau masih mengajar mengaji dan berdikir di kampung tersebut dan kampung-kampung berdekatan.
Beliau mengalami koma selepas jatuh semasa menebas rumput di halaman rumahnya, dan dikejarkan ke Hospital Lawas sebelum di hantar ke Hospital Queen Elezeberth Kota Kinabalu Sabah. Di sana beliau ditempatkan di ICU selama 9 hari dan dihantar pulang ke Lawas semula dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Lawas di hadapan anak-anak dan keluarga sekitar jam 3.30 petang hari tersebut. Jenazah Allahyeram telah selamat disempurnakan di tanah perkuburan Islam Trusan jam 10.30 pagi pada hari Khamis 24 Jun 2010.

PERAYAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Dewan Serbaguna, Kampung Tengah Trusan,3 Jun 2010: Acara kemuncak Perayaan Sempena Cuti Sekolah telah berlangsung meriah dengan sambutan yang diluar jangkaan apabila telah menerima kunjungan segenap lapisan masyarakat tempatan dari 6 buah kampung berdekatan. Perayaan yang berlangsung tiga hari tersebut, mencapai kemuncaknya malam tadi dengan acara pementasan dan persembahan oleh penduduk tempatan. Antara lain acara-acara yang mengambil tempat pada malam pementasan malam tadi ialah pertandingan Shuffel Remaja 12 tahun ke atas dan Kanak-kanak 12 tahun ke bawah, Pertandingan Ratu Fesyen, dan Pertandingan Karaoke tertutup. Persembahan bermukun juga mengambil tempat dan turut mengamatkan suasana malam tadi dengan tetamu jemputan telah sudi menari di atas pentas bersama penari-penari pemukun. Sementara itu Saudara Ibrahim Hj. Adol yang merupakan penyanyi tempatan yang telah menempah nama dalam bidang seni ini di Peringkat Negeri Sarawak turut membuat persembahan dengan sebuah lagu Asli yang memukau para penonton yang hadir.

Perayaan Sempena Cuti Sekolah ini adalah merupakan acara yang julung-julung kalinya diadakan di Kampung ini. Penganjur iaitu Ketua Pemuda PBB Ranting Melayu Trusan, Saudara Sahrin Bin Dahlan dan Setiausahanya Saudara Pg. Bahar bin Pg. Jini menyatakan berpuas hati atas sambutan dan kerjasama mesyarakat kampung dalam menjayakan program selama tiga hari tersebut. Beliau berharap kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan sampai bila-bila demi kemajuan dan perpaduan dikalangan sesama mesyarakat yang sedia ada. Disamping itu menurut Pg. Bahar, acara seperti ini telah dapat menyatupadukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dalam satu majlis yang ceria seperti ini. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang utama program ini iaitu Pg. Hj. Omar bin Pg. Hj. Jawa dan Pg. Zainal Abiden bin Pg. Hj. Jawa dan seluruh jawatankuasanya serata masyarakat kampung yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Turut hadir pada malam tadi ialah Ketua Pemuda PBB Cawangan N71-Bukit Sari, Saudara Cr. Semie bin Hj. Nasib yang juga merupakan tetamu Khas pada majlis tersebut. Dalam ucapan alu-aluanya beliau turut memuji kesungguhan dan kejayaan Ranting Melayu Trusan yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut. Beliau berharap acara seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Hadir bersama pada malam tadi ialah Saudara Pg. Ariffin bin Pg. Hj. Jawa, Bendahari Pemuda PBB Ranting Melayu Trusan, Ketua-ketua kaum dan Pegawai-pegawai kerajaan.

Majlis malam tadi telah menerima penyertaan yang amat menggalakan dengan penyertaan yang diluar dugaan. Pertandingan Shuffel kanak-kanak adalah yang menarik tumpuan dengan penyertaan 17 perserta. Manakala pertandingan Shuffel Remaja dengan 5 penyertaan, Ratu Fesyen 7 penyertaan dan Karaoke menerima 12 penyertaan. Sementara itu Ida Ayu Binti Merusin telah dinobatkan sebagai Juara karaoke dan Cempaka Biru telah dinobatkan sebagai Pemenang Ratu Fesyen pada majlis tersebut. Majlis malam tadi berkahir kira-kira jam 1.30 pagi.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

Bandar Lawas,26 Februari;Perarakkan sempena sambutan Maulidur Rasul berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 2000 orang membanjiri perkarangan gelanggang bola keranjang Lawas di mana majlis tersebut berlangsung. Turut hadir pada majlis tersebut ialah tetamu kehormat Dato Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan dan isteri serta Datuk Hendry Som Agong dan ketua-ketua Jabatan serta Ketua-ketua Mesyarakat di Daerah Lawas ini. Masjid Al-Hidayah Trusan juga turut mengambil bahagian dengan menyertai pertandingan sepanduk dan perbarisan. Penyertaan kali ini telah menujukan sedikit perubahan dimana ianya telah berjaya mengumpulkan lebih 160 orang peserta mengikuti perbarisan dan penyertaan yang paling ramai setakat ini untuk mewakili masjid Trusan. Pasukan ini di bawah pimpinan Jawatankuasa Masjid yang dipengerusikan Pg. Hj. Ibrahim bin Pg. Hj. Harun. Walaubagaimanapun beliau tidak dapat bersama dalam perarakan kerana masalah kesihatan dan tugas beliau diamanahkan kepada Setiausaha beliau Encik Moktar bin Jaman.



PEBGUNDIAN LOT TANAH PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG GELAPAS
Dewan Serbaguna Kg. Tengah Trusan, 8 Januari 2010Majlis mencabut undi lot tanah Projek Pembesaran Kampung Gelapas telah diadakan. Projek ini adalah merupakan salah satu langkah kerajaan untuk membantu rakyat di sini yang kekurangan tanah untuk membina rumah sendiri. Pada masa yang sama meneydiakan penenpatan baru kepada mereka yang terjejas akibat tanah runtuh sekitar Kampung Balai, Kampung Tengah dan Kampung Dato yang telah meranapkan tanah pertanian dan kediaman mereka sejak dua dekad yang lalu.
Dalam majlis itu seramai 5 orang dari Kampung Pg. Karta, 15 orang Kampung Dato Mohamad, 22 orang Kampung Tengah, 30 orang Kampung Balai dan 37 orang dari Kampung Gelapas telah menggundi memilih lot masing-masing. Kira-kira 109 orang telah dipilih untuk Phasa 1 ini, dengan keluasan antara 500m2 dan 650m2 setiap lot. Namun tidak ada maklumat tepat tentang status tanah yang diberi itu,baik berhubung dengan bayaran mahupun ansuran yang akan dibayar oleh pemiliknya. Namun ada yang mangatakan bayaran akan dikenakan diantara RM100 hingga RM400 sebulan selama 10 tahun kepada pemilik tanah tersebut. Sementara status tanah adalah TOL. Walaubagaimanapun tidak ada apa-apa perbincangan dibuat dengan masyarakat setampat setakat ini berkaitan perkara tersebut.
Sementara majlis pengundian tersebut diurus sepenuhnya oleh 4 orang pegawai Tanah dan Ukur dari jabatan tersebut dari Limbang.

Dari lidah Pemimpin Kitani


''JUSTERU TIDAK ADA JALAN PINTAS BAGI KITA UNTUK MENYANTUNI GENERASI MUDA MELAINKAN KITA DAPAT MEYAKINKAN MEREKA DENGAN ASAS-ASAS PERJUANGAN KITA SECARA TUNTAS DAN RASIONAL,''Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (SUMBER BH);  *   "SEHUBUNGAN DENGAN INI JUGA, SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN YANG PERIHATIN KITA JUGA SENTIASA MENDENGAR RINTIHAN SERTA DENYUT NADI RAKYAT. KITA SEKALI-KALI TIDAK MEMANDANG MUDAH SOAL KEBAJIKAN RAKYAT. POKOKNYA, KITA MAHU SETIAP BANTUAN YANG DIJANJIKAN BUKAN SAJA SAMPAI KETANGAN RAKYAT TETAPI JUGA TIBA PADA MASA YANG TEPAT." YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak (SUMBER BLOG 1Malaysia)   *   PUTRAJAYA, 15 Okt — "PENJAWAT AWAM PERLU MENGAMALKAN SIKAP MENDAHULUKAN KEPENTINGAN AWAM DALAM MENJALANKAN TUGAS DENGAN JUJUR, ADIL, CEKAP DAN BERHEMAH," Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.    *